BALING, 17 Disember – Seorang warga emas maut ditikam cucu, manakala ibu mangsa parah akibat ditetak dalam kejadian dalam rumah di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil , Kedah pada Selasa.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Brandon Richard Joe berkata, Balai Polis Malau menerima makluman daripada orang awam berhubung kejadian tikam dan tetak membabitkan dua individu kira-kira pukul 7 malam.
Mangsa maut berusia 60-an iaitu nenek kepada suspek, manakala, seorang lagi yang parah merupakaan moyangnya berusia 80-an.
Siasatan awal mendapati mangsa yang maut mempunyai kesan tikaman di bahagian belakang badan.
Sementara itu, mangsa yang parah mempunyai kesan tetak di belakang leher.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.
Bagi mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan.
Suspek berusia 21 tahun ditahan reman bawah Sekyen 117 Akta Prosuder Jenayah untuk membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

