Kategori
Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Kilang baharu Batu Berendam hidupkan rezeki peniaga sekitar
Berita ringkas ini dijana oleh AI

BATU BERENDAM, 29 November – Perkembangan pesat sektor perindustrian di Batu Berendam, Melaka membuka lebih banyak peluang pekerjaan sekali gus merancakkan pendapatan peniaga makanan di kawasan sekitarnya. Penambahan sebuah kilang baharu di kawasan perindustrian itu nyata memberi limpahan rezeki kepada para peniaga di medan selera berhampiran, yang melihat peningkatan pelanggan sejak operasi projek tersebut bermula. […]

Banjir di Perlis tunjuk perkembangan positif
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KANGAR, 29 November– Memasuki hari ketujuh, situasi banjir di Perlis kian pulih apabila jumlah penduduk yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan. Sehingga 8 pagi tadi, jumlah penduduk yang dipindahkan ke PPS kepada 6,907 orang daripada 2,059 keluarga berbanding 7, 116 orang daripada 2, 138 keluarga pada pukul 9 malam tadi.  Menurut Pengarah […]

Banjir Perlis : FAMA serah bantuan kepada JKM
Berita ringkas ini dijana oleh AI

ARAU, 29 November – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Perlis menyerak sebanyak 5,000 pek makanan retort  bawah Program Bantuan Makanan Bencana Negara kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis. Program berlangsung di Rumah Kanak-Kanak Arau. Pengarah FAMA Negeri Perlis, Mohd Anzara Azizan ketika dihubungi RTM memaklumkan, sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan, FAMA berperanan menyediakan dan […]

Banjir Kedah: Jumlah penduduk di PPS terus berkurangan pagi ini
Berita ringkas ini dijana oleh AI

ALOR SETAR, 29 November -Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Kubang Pasu dan Kota Setar terus berkurangan. Setakat pukul 8.00 pagi tadi, 3,452 penduduk terjejas banjir daripada 1,073 keluarga masih ditempatkan di 16 PPS berbanding 3,758 penduduk, malam tadi. Tiga PPS ditutup malam tadi iaitu Dewan Felda Batu […]

Kilang sisa minyak terpakai di Telipok musnah dijilat api
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KOTA KINABALU, 29 November -Sebuah kilang penyimpanan sisa buangan minyak terpakai di Telipok musnah dalam kebakaran membabitkan dua bangunan lewat petang Jumaat. Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.25 petang. Seramai 101 anggota dari tujuh balai bomba iaitu Tuaran, Kota Kinabalu, Lintas, Penampang, Papar, Kuala Penyu dan Kimanis […]

Ringgit dijangka terus meningkat pada 4.12–4.14 minggu depan
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 29 November – Ringgit dijangka terus mengukuh, diniagakan dalam julat 4.12 hingga 4.14 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan ketika peniaga dan pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (Fed) AS pada Disember ini. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata keputusan berkaitan […]

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan tinggi minggu depan
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 29 November – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan memandangkan data semasa seolah-olah menyokong kemungkinan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS pada Disember. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama bahawa aset selamat itu dijangka disokong dengan […]

Pasaran getah dijangka cenderung menaik minggu hadapan
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 29 November – Pasaran getah Malaysia dijangka didagangkan tidak berubah dengan kecenderungan menaik dalam mod berhati-hati pada minggu hadapan. Pakar industri Denis Low berkata angin kencang serta hujan yang berterusan di negara-negara pengeluar utama terus mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan, yang seterusnya akan menyokong permintaan dan harga getah. “Adalah jelas bahawa pengeluaran getah telah […]

Aset rizab Malaysia US$123.76 bilion setakat akhir Oktober – BNM
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 28 November – Aset rizab rasmi negara setakat 31 Oktober berjumlah US$123.76 bilion, manakala aset mata wang asing lain mencatatkan US$201.6 juta. Bank Negara Malaysia (BNM) dalam kenyataan menjelaskan, pemakluman terperinci disediakan mengikut Piawaian Penyebaran Data Khas (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang merangkumi maklumat mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab. “Ia turut […]

Inflasi Malaysia susut kepada 1.3% pada Oktober 2025
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 28 November -Inflasi keseluruhan Malaysia turun kepada 1.3 peratus pada Oktober 2025 berbanding 1.5 peratus pada September, manakala inflasi teras meningkat sedikit kepada 2.2 peratus. Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi kenyataan memaklumkan, penurunan inflasi keseluruhan sebahagian besarnya didorong oleh inflasi yang lebih rendah bagi barangan bukan teras. “Hal ini termasuk penurunan berterusan dalam […]

Bekas setiausaha politik kanan, ahli perniagaan hadir permohonan reman di Putrajaya
Berita ringkas ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 29 November -Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri dan ahli perniagaan yang terkait kes tohmahan pemberian rasuah di Sabah tiba di Mahkamah Putrajaya sekitar pukul 9:02 pagi tadi. Permohonan reman terhadap kedua-dua individu tersebut akan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini. Ketika tiba di kompleks mahkamah, ahli perniagaan tersebut […]

Premis “kesihatan” jadi lokasi aktiviti songsang, 208 ditahan
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 29 November – Sebanyak 17 penjawat awam antara 208 individu ditahan polis dalam serbuan di sebuah kelab kesihatan yang dipercayai dijadikan lokasi aktiviti seksual songsang di kawasan Chow Kit, di sini malam tadi. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Azani Omar berkata operasi pada 8 malam itu dilaksanakan KL Strike Force Polis […]

AKPS tahan 2 warga Myanmar, gagal kemuka pas sah
Berita ringkas ini dijana oleh AI

JOHOR BAHRU, 28 November -Dua lelaki warga Myanmar ditahan di Bangunan Sultan Iskandar, di sini selepas gagal membuktikan pas atau dokumen sah berada di Malaysia, pagi semalam. Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan memaklumkan, seorang lagi rakan senegara yang memegang kad kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) juga […]

Gaduh di sekolah: Lima pelajar dibuang, tiga digantung persekolahan
Berita ringkas ini dijana oleh AI

SUNGAI PETANI, 28 November -Lima pelajar dibuang sekolah, manakala tiga lagi digantung persekolahan selepas didapati terbabit kes pergaduhan di sebuah sekolah menengah, di sini, Isnin lalu. Menurut Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, tindakan tegas itu diambil tanpa kompromi terhadap sebarang bentuk buli, keganasan dan salah laku murid. “Pihak sekolah telah menyelesaikan siasatan dalaman secara menyeluruh […]

Polis tahan dua lelaki di Bera, rampas dadah bernilai hampir RM54,000
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUANTAN, 27 November – Dua lelaki disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah ditahan dalam dua serbuan berasingan di Bera pada Rabu, dengan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM53,947.40. Ketua Polis Daerah Bera, Penguasa Polis (Supt) Zulkiflee Nazir menerusi satu kenyataan memaklumkan, tangkapan pertama melibatkan seorang juruteknik pendawaian berusia 48 tahun di Felda Purun. Polis […]

Costa Rica, AS tumpas cubaan seludup 4.4 tan kokain
Berita ringkas ini dijana oleh AI

SAN JOSE, 29 November – Pihak berkuasa Costa Rica dengan kerjasama Pengawal Pantai Amerika Syarikat (US Coast Guard) merampas kira-kira 4.4 tan kokain daripada sebuah vesel yang dipintas di Lautan Pasifik. Menteri Keselamatan, Mario Zamora, berkata dua warga Colombia ditahan dalam operasi sekitar 273 kilometer dari Golfito, Puntarenas. “Mereka bakal berdepan pertuduhan pengedaran dadah antarabangsa […]

Dua kapal tangki Rusia meletup di Selat Bosphorus
Berita ringkas ini dijana oleh AI

ISTANBUL, 29 November – Sebuah kapal tangki Rusia meletup ketika belayar di Laut Hitam berhampiran Selat Bosphorus, Turkiye pada Jumaat. Menurut pihak berkuasa Turkiye, letupan berkenaan menyebabkan kebakaran besar di ruang enjin kapal berkenaan. Ketika kejadian, kapal yang dikenali sebagai Kairos dalam perjalanan menuju ke pelabuhan Novorossiysk, Rusia, kira-kira 28 batu dari pantai Turkiye. Kementerian […]

Kebakaran kompleks kediaman di Hong Kong: ICAC tahan 8 suspek
Berita ringkas ini dijana oleh AI

HONG KONG, 28 November – Badan pemantau antirasuah Hong Kong telah menahan lapan individu pada Jumaat dipercayai ada kaitan dengan tragedi kebakaran di kompleks kediaman yang mengorbankan sekurang-kurangnya 128 orang. “Suspek yang terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita itu termasuk konsultan, subkontraktor perancah dan orang tengah bagi rojek berkenaan, ” menurut Suruhanjaya Bebas Memerangi […]

Pilihan raya Myanmar tidak akan bebas, adil – PBB
Berita ringkas ini dijana oleh AI

GENEVA, 28 November – Pilihan raya umum di Myanmar yang dijadualkan berlangsung pada bulan depan tidak mungkin bebas atau adil, kata Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Jurucakap Pejabat Hak Asasi Manusia PBB, Jeremy Laurence dalam taklimat media di Geneva memberi amaran, junta tentera dijangka akan memasang kamera pemantauan elektronik besar-besaran di pusat mengundi. “Pengundian yang dikawal […]

PBB kecam Israel bunuh dua pemuda Palestin di Tebing Barat tanpa perbicaraan
Berita ringkas ini dijana oleh AI

GENEVA, 28 November – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan pembunuhan dua warga Palestin yang ditembak mati ketika menyerah diri kepada tentera Israel sebagai satu pembunuhan di luar perbicaraan. “Kami amat terkejut dengan pembunuhan secara terang-terangan dilakukan oleh polis sempadan Israel semalam terhadap dua lelaki Palestin di Jenin,” kata jurucakap pejabat hak asasi PBB, Jeremy Laurence […]

Penyokong Palmeiras gamatkan Lima menjelang final Copa Libertadores
Berita ringkas ini dijana oleh AI

LIMA, 29 November – Palmeiras menjalani sesi latihan terakhir di Lima pada Jumaat menjelang aksi final Copa Libertadores menentang Flamengo yang akan berlangsung di Stadium Monumental pada Sabtu. Penjaga gol utama, Weverton, kembali menyertai latihan selepas pulih daripada kecederaan, sekali gus melegakan kem Brazil itu yang memburu gelaran ketiga dalam tempoh lima tahun. Menurut laporan […]

Protes terhadap isu visa terhad, Iran tidak hadir undian Piala Dunia 2026
Berita ringkas ini dijana oleh AI

TEHRAN, 29 November – Iran dijangka memboikot undian Piala Dunia 2026 yang bakal diadakan di Amerika Syarikat minggu depan. Tindakan berkenaan dilakukan sebagai protes terhadap tindakan Amerika Syarikat yang menghadkan pengeluaran visa terhadap pasukan berkenaan, kata Persatuan Bola Sepak Iran pada Jumaat. Jurucakap persatuan, Amir Mehdi Alavi, dipetik berkata bahawa AS hanya meluluskan visa kepada […]

Skuad hoki (5s) yakin raih emas pada Sukan SEA Thailand
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 28 November – Skuad hoki 5 sebelah negara (5s) yakin mampu meraih pingat emas pada Sukan SEA Thailand apabila acara itu dipertandingkan buat pertama kali. Pengurus pasukan Hoki 5s, Hasnizam Hassan berkata, pasukan lelaki berpeluang besar untuk muncul juara berdasarkan pengalaman skuad pemain pilihan bertanding dalam pelbagai kejohanan kompetitif sebelum ini, sekali gus […]

Hadjar teruja prospek bergandingan dengan Verstappen
Berita ringkas ini dijana oleh AI

DOHA, 28 November – Bintang baharu Formula One, Isack Hadjar akan menghargai peluang luar biasa untuk menjadi rakan sepasukan Max Verstappen bersama Red Bull, musim depan. Pelumba muda berusia 21 tahun itu yang kini beraksi dengan Racing Bulls, adalah calon pilihan utama untuk menggantikan Yuki Tsunoda bergandingan dengan Verstappen pada 2026. Laporan media menyebut, Red […]

Haqimi Azim mahu cipta kenangan manis pada penampilan terakhir Sukan SEA
Berita ringkas ini dijana oleh AI

SHAH ALAM, 28 November– Penyerang skuad bawah 23 tahun (B-23) negara Muhammad Haqimi Azim Rosli tidak mahu sejarah pahit tersingkir di peringkat kumpulan dua tahun lepas berulang apabila Malaysia beraksi pada Sukan SEA 2025 di Thailand bulan depan. Pemain berusia 22 tahun itu berkata pengalaman lalu menjadi pembakar semangat untuknya menutup tirai penampilan terakhir pada […]

Stacy lancar single baharu ‘Mega Ching’
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 28 November – Penyanyi dan ratu tari negara, Stacy kembali dengan single terbaharu berjudul “Mega Ching!”, lagu elektro dance ciptaannya sendiri bawah nama pena Bunga Cantik. Lagu yang diinspirasikan daripada personaliti dan ‘kuasa’nya di atas pentas itu turut menampilkan elemen rap berdialek Sabah, sesuatu yang pertama kali dicubanya. Stacy menyifatkan “Mega Ching!” sebagai […]

‘Rock Legends Live At Saloma KL’ himpun legenda rock tanah air
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 28 November – Enam nama besar rock tanah air, Ito Blues Gang, Jojet, Gersang, Yantzen, Rahmat Mega dan Azlan TYPEWRITER, bakal bergabung dalam persembahan khas Rock Legends Live At Saloma Kuala Lumpur pada 20 Disember ini. Showcase berkenaan menghimpunkan ikon-ikon yang menjadi penanda aras muzik rock Malaysia, masing-masing dengan pengaruh besar melalui karya […]

Fahmi ucap takziah kepada keluarga allahyarham Dharma Harun
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 25 November – Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Dharma Harun Al Rashid, atas pemergian pelakon veteran itu pada pukul 9.10 malam tadi. Menurutnya,  beliau mengingati Allahyarham sebagai seorang yang berkeperibadian lembut, bersahaja serta dihormati ramai. “Saya berdukacita menerima perkhabaran bahawa seniman Dharma Harun Al Rashid telah kembali […]

Pelakon Dharma Harun Al-Rashid meninggal dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 25 November– Pelakon veteran, Dharma Harun Al-Rashid meninggal dunia di kediamannya di Wangsa Maju, malam ini. Berita pemergiaan Allahyarham dikongsikan oleh anak keduanya Muhammad Al Syafiq, 36, menerusi satu hantaran di Instagram. “Ayah saya meninggal dunia waktu saya balik tadi, pukul 9.10 malam. Akan diurus di Masjid Abu Ubaidah, Taman Sri Rampai,” katanya. […]

Bintang Bollywood, Dharmendra meninggal dunia pada usia 89 tahun
Berita ringkas ini dijana oleh AI

MUMBAI, 24 November – Dharmendra, pelakon lagenda Bollywood yang digelar ‘He-Man’ kerana watak-watak aksi ikoniknya, meninggal dunia pada usia 89 tahun, pada Isnin. Beliau meninggalkan legasi lebih enam dekad dan lebih 250 filem. Dilahirkan sebagai Dharam Singh Deol pada 8 Disember 1935 di Punjab, India, Dharmendra pernah berkhidmat sebagai ahli parlimen dan dianugerahkan salah satu […]

Iklan/Banner

Kategori

Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan