- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KEMAMAN, 7 Disember – Seorang buruh maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai dirempuh sebuah kereta ketika keluar dari simpang lampu isyarat di sini, petang tadi. Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.10 petang di kilometer 113, Jalan Kuala Terengganu – Kuantan dekat bandar Kerteh. Dalam kejadian itu, mangsa Muhammad Tarmizi Muda, 36 tahun, disahkan meninggal dunia ketika sedang […]
- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 7 Disember – Seramai 50 penjawat awam menerima kunci kediaman masing-masing di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) MADANI Prestige Residence, Taman Equine, Seri Kembangan. Majlis serah kunci yang disempurnakan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar itu, sebagai simbol komitmen berterusan kerajaan dalam menyediakan kediaman berkualiti kepada penjawat awam. Sehingga 30 […]
- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Al-Quran bukan sekadar kitab bacaan, namun panduan hidup yang perlu diintegrasi dalam seluruh aspek masyarakat serta pentadbiran negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata setiap organisasi termasuk sektor awam, korporat, pendidikan dan industri perlu kembali kepada al-Quran untuk membentuk hala tuju yang […]
- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
HULU TERENGGANU, 7 Disember – Kecuaian pemandu dikenal pasti sebagai punca tragedi yang mengorbankan dua individu apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terjunam ke dalam gaung sedalam 61 meter dalam kejadian Jumaat lalu di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring berhampiran Bukit Kawah. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata siasatan awal […]
- Nasional
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KEPALA BATAS, 7 Disember – Penubuhan sebuah institut khas yang menghimpunkan pakar masakan Melayu dilihat sebagai langkah penting untuk memelihara, mengembangkan dan mewariskan khazanah kulinari negara kepada generasi muda. Cef Selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berpandangan langkah itu amat penting memandangkan jumlah pakar dalam bidang berkenaan semakin berkurang, sekali gus […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melancarkan TaniStats 2.0, gerbang digital statistik pertanian yang dinaik taraf daripada versi asal yang diperkenalkan pada Mei 2025. Dalam kenyataannya, DOSM berkata platform yang dibangunkan secara dalaman itu mengintegrasikan pelbagai sumber data pertanian termasuk dapatan Banci Pertanian 2024, data pentadbiran agensi berkaitan, harga agromakanan, indikator keterjaminan […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Permodalan Nasional Berhad (PNB) bersama beberapa syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) komited menerajui inisiatif 10 Juara Bumiputera di bawah program reformasi GEAR-UP, sebahagian daripada agenda Ekonomi MADANI. Dalam kenyataannya, PNB berkata, program strategik tersebut menyasarkan melahirkan 10 syarikat Bumiputera, masing-masing dengan nilai pasaran atau nilai perusahaan sekurang-kurangnya RM500 juta dalam […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Suruhanjaya Tenaga (ST) komited menyokong peralihan negara ke arah tenaga boleh baharu (TBB) serta meningkatkan kecekapan tenaga menerusi pelbagai langkah strategik. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Safinah Salleh memaklumkan, fokus utama ST adalah memperkukuh kecekapan tenaga dalam proses peralihan tenaga. “Akta Kecekapan dan Penjimatan Tenaga memastikan semua pengguna tenaga besar mematuhi […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Pengukuhan ketara ringgit kebelakangan ini didorong oleh gabungan beberapa faktor domestik yang semakin kukuh, bukan hanya kesan langsung daripada penyusutan dolar Amerika Syarikat (USD) semata-mata. Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi menerusi satu hantaran di platform X, beliau berkata persoalan mengenai faktor yang mendorong pengukuhan ringgit […]
- Ekonomi
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menarik nafas lega susulan keputusan kerajaan menaikkan nilai ambang pengecualian e-invois daripada RM500,000 kepada RM1 juta bermula tahun hadapan. Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng berkata, langkah itu sejajar dengan cadangan awal persatuan itu yang mahu peniaga dengan jualan tahunan […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sekeping cakera padat (CD) pada Sabtu (6 Disember) daripada ahli keluarga salah seorang suspek yang terlibat dalam insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka. CD berkenaan dipercayai mengandungi rakaman audio perbualan telefon antara suspek dan isterinya sebelum kejadian berlaku. Terdahulu, pada 3 Disember lalu, […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
BALIK PULAU, 7 Disember – Seorang warga emas berusia 60 tahun ditahan selepas disyaki terbabit kegiatan mencuri arus elektrik bagi perlombongan bitcoin di beberapa premis sekitar Jalan Ayer Putih, malam tadi. Ketua Polis Daerah Barat Daya, ACP Anuwal Ab Wahab ketika mengesahkan penahanan itu berkata serbuan dijalankan sepasukan anggota polis bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB), […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 6 Disember – Seorang akauntan wanita berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM916,700 selepas terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh 24 jam. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata mangsa yang berusia 55 tahun tertarik dengan tawaran keuntungan antara 30 hingga 40 peratus, dan telah […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KOTA BHARU, 6 Disember -Lima lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar daerah ini. Penahanan supek yang berusia 20-an hingga 40-an itu, sekali gus membantu menyelesaikan lima kes berasingan yang dilaporkan sejak Ogos lalu. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud dalam kenyataan berkata, tangkapan itu merupakan hasil […]
- Jenayah
Berita ringkas ini dijana oleh AI
NIBONG TEBAL, 5 Disember– 30 individu termasuk remaja bawah umur mengaku bersalah atas kesalahan menunggang motosikal secara berbahaya di Pulau Pinang. Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad Kesemua mereka didakwa di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Majistret menjatuhkan hukuman denda RM5,000 kepada 8 individu yang mengaku bersalah dan […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
BAITULMAQDIS, 7 Disember -Tentera Israel menembak mati dua lelaki di Tebing Barat yang yang didakwa kerana cubaan serangan pelanggaran kenderaan. Pihak Berkuasa Palestin mengenal pasti mangsa sebagai seorang remaja, Ahmad Khalil Al-Rajabi berusia 17 tahun dan Ziad Jabara Abu Dawoud, 55 tahun. Kementerian Kesihatan memaklumkan Ziad Jabara merupakan seorang pekerja kebersihan. Tentera Israel mendakwa insiden […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
BADULLA, 7 Disember – Operasi bantuan di Sri Lanka terus dipertingkat selepas negara itu dilanda Taufan Ditwah, dengan bantuan antarabangsa mula tiba bagi meringankan kesan bencana yang mengorbankan ratusan nyawa. Sebuah helikopter tentera udara Sri Lanka menghantar bekalan bantuan ke sebuah kampung di Badulla yang terputus hubungan akibat tanah runtuh, pada Sabtu. Rakaman kerajaan Sri […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
TEHRAN, 7 Disember -Iran pada Ahad melaksanakan hukuman mati terhadap dalang skim pelaburan berskala besar yang menipu puluhan ribu orang melalui rangkaian pembelian kereta, menurut kenyataan pihak kehakiman. Portal kehakiman Mizan Online melaporkan pemilik syarikat Rezaayat Khodro Taravat Novin,Mohammad Reza Ghaffari, dihukum gantung selepas Mahkamah Agung mengekalkan hukuman mati ke atasnya atas kesalahan “menggugat sistem […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
COLOMBIA, 7 Disember -Pihak berkuasa Sri Lanka pada Ahad mengeluarkan amaran baharu tanah runtuh ketika hujan berterusan melanda kawasan yang telah musnah akibat taufan kuat, dengan angka korban meningkat kepada 618 orang. Rangkaian ribut tropika dan hujan monsun sejak dua minggu lalu telah melanda Asia Tenggara dan Asia Selatan, mencetuskan tanah runtuh, banjir besar dan […]
- Dunia
Berita ringkas ini dijana oleh AI
MANILA, 7 Disember –Filipina kini berdepan epidemik virus kurang daya tahan manusia (HIV) yang meningkat paling cepat di rantau Asia Pasifik, dengan purata 61 rakyat negara itu disahkan menghidap HIV setiap hari tahun ini, naik 22 peratus berbanding tahun lepas, sekali gus mencetuskan desakan mendesak untuk tindakan nasional yang lebih tegas, lapor Xinhua. Pertubuhan Kesihatan […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
ABU DHABI, 7 Disember – Pelumba McLaren, Lando Norris, tidak dapat menahan sebak selepas muncul juara dunia Formula 1 buat kali pertama dalam kariernya, sekaligus menamatkan penguasaan empat tahun Max Verstappen di Grand Prix Abu Dhabi, pada Ahad. Verstappen yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, terlepas peluang untuk mempertahankan kejuaraan dunia meskipun berjaya mencatat lapan […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Wilayah Pahlawan Kejuaraan Antarabangsa Muay Thai 2.0 (WPIMC) berupaya muncul sebagai kejohanan muay thai paling berpengaruh tahun ini, dipacu oleh komitmen terhadap kualiti, integriti dan profesionalisme dalam setiap aspek penganjuran. Kejohanan yang menerima sokongan penuh Tourism Malaysia itu turut menyaksikan penyertaan meluas dari dalam dan luar negara, sekali gus mengukuhkan […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
BANGKOK, 7 Disember – Malaysia mara ke separuh akhir acara berpasukan lelaki badminton selepas mudah menewaskan Filipina 3-0 pada saingan suku akhir Sukan SEA Thailand 2025 di Pathum Thani, di sini hari ini. Pada aksi yang berlangsung di Gimnasium 4, Universiti Thammasat Kampus Rangsit itu, perseorangan utama negara yang juga pemain nombor 29 dunia Leong […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
BANGKOK, 7 Disember – Skuad hoki 5 sebelah (5S) lelaki negara mempamerkan aksi menarik dalam misi memburu pingat emas Sukan SEA 2025 apabila membelasah Filipina 18-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan A di Stadium Hoki RTAF, di sini hari ini. Dalam perlawanan kedua hari yang sama, skuad bimbingan Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahman mempamerkan penguasaan […]
- Sukan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah mengesahkan gelaran ‘Raja Asia’ bagi kelas elit ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2025 di Buriram, Thailand, pada Ahad. Kejayaan itu hadir penuh dramatik pada perlumbaan terakhir musim apabila bekas pelumba MotoGP tersebut menamatkan saingan di tempat kedua, keputusan yang sudah mencukupi untuk menjulang […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]
- Hiburan
Berita ringkas ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]
Iklan/Banner