World Tour Finals: An, Yamaguchi dan Wang mara ke pusingan seterusnya

HANGZHOU, 17 Disember – Pemain nombor satu Korea Selatan, An Se-young, mara ke pusingan seterusnya selepas menewaskan wakil Indonesia, Putri Kusuma Wardani, 21-16, 8-21, 21-8 dalam perlawanan sengit di World Tour Finals hari ini.

An yang merupakan juara Olimpik , mengawal permainan pada set pertama sebelum tewas pada set kedua, namun bangkit kembali untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan yang meyakinkan.

Sementara itu, pemain nombor empat dunia, Akane Yamaguchi mencatat kemenangan mudah 21-14, 21-17 ke atas rakan senegaranya, Tomoka Miyazaki.

Pemain nombor dua dunia, Wang Zhiyi, pula menewaskan rakan senegaranya, pemain nombor tiga dunia Han Yue, 21-14, 21-5 selepas Yue membuka set pertama dengan baik tetapi gagal mengekalkan rentak pada set kedua.

Dalam kategori perseorangan lelaki, pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn melakar kemenangan meyakinkan 21-10, 21-14 ke atas wakil Indonesia, Jonatan Christie. -REUTERS