Syaqiera terkandas di pusingan penyingkiran memanah individu

PARIS, 30 Julai – Hasrat pemanah wanita negara, Syaqiera Mashayikh untuk mara lebih jauh tidak kesampaian.

Ini selepas dia tumpas kepada wakil Brazil, Ana Luiza Sliacticas Caetano dengan keputusan 5-6 pada pusingan penyingkiran kedua saingan individu.

Aksi di lapangan memanah Invalides berlangsung dengan sengit apabila kedua-dua pemanah terikat dua sama selepas dua pusingan.

Di pusingan ketiga, Syaqiera berjaya meraih dua mata selepas menewaskan Ana Luiza, seterusnya mendahului 4-2.

Namun aksi set keempat menyaksikan mereka kembali mencatat keputusan seri untuk Ana mengejar 5-3.

Ana kemudian berjaya menyamakan kedudukan apabila mengungguli set kelima.

Pemenang terpaksa ditentukan menerusi ‘shoot off’ dan nasib menyebelahi Ana apabila panahannya mengenai sasaran 9, manakala Syaqiera hanya mengenai sasaran 8.