BANGKOK, 14 Disember – Atlet pecut negara, Danish Iftikhar Muhammad Roslee, menghadiahkan pingat gangsa kepada kontinjen Malaysia dalam acara 200 meter lelaki pada Sukan SEA Thailand 2025 yang berlangsung di Stadium Nasional Suphachalasai, pada Sabtu.
Pada perlumbaan akhir yang cukup sengit, Danish menamatkan larian di tempat ketiga dengan catatan 20.73 saat, ketinggalan hanya satu saat di belakang pelari Singapura, Marc Brian Louis, yang meraih pingat perak dengan masa 20.72 saat.
Pingat emas acara berkenaan menjadi milik wakil tuan rumah, Puripol Booson yang mencatatkan rekod baru temasya 20.07 saat.
Rekod itu sekali gus memadamkan rekod sebelumnya iaitu 20.37 saat yang dilakukan pada edisi 2021 di Vietnam.
Meskipun gagal mendapatkan emas, pencapaian Danish tetap mencuri perhatian apabila memecahkan rekod 200 mter kebangsaan sebelum ini yang dipegang oleh Russel Taib dengan catatan 20.77 saat.

