MADRID, 12 Disember – Pasukan wanita kebangsaan Sepanyol mengekalkan kedudukan nombor satu dalam ranking FIFA bagi Disember selepas memenangi UEFA Women’s Nations League.
Manakala Amerika Syarikat (AS) kekal di semakin menghampiri di kedudukan kedua berikutan dua kemenangan persahabatan ke atas Itali pada akhir November.
Pasukan Jerman melonjak dua anak tangga ke kedudukan ketiga selepas tewas kepada Sepanyol di final.
England kekal di tangga keempat, manakala Sweden jatuh dua anak tangga ke kedudukan kelima selepas tewas kepada Sepanyol di separuh akhir Nations League.
Brazil, tuan rumah Piala Dunia Wanita 2027, berada di tangga keenam, diikuti oleh Perancis, Jepun, Korea Selatan, dan Kanada untuk melengkapkan senarai 10 teratas.
Tiga pasukan dari benua berbeza mencatat kenaikan paling ketara bulan ini, masing-masing melonjak 16 anak tangga: Nicaragua (No. 96), Burkina Faso (No. 118), dan American Samoa (No. 137).
Sementara itu, Paraguay mencatat penurunan paling ketara dalam kedudukan 50 terbaik, jatuh lima anak tangga ke No. 46.
Rekod baharu dicatatkan bulan ini dengan 198 pasukan disenaraikan dalam ranking FIFA wanita, termasuk dua pasukan Afrika iatu Chad dan Libya.- REUTERS

