HONG KONG, 16 Disember – Bermula 2026, Jelajah Tenis ATP akan memperkenalkan polisi baharu berkaitan suhu panas ketika perlawanan berlangsung.
Menerusi polisi tersebut segala faktor yang mempengaruhi suhu panas di venus kejohanan akan dinilai sepenuhnya.
Menurut ATP, pemain juga dibenarkan untuk meminta rehat selama 10 minit jika suhu mencecah 30.1 darjah celsius atau lebih sewaktu dua set pertama berlangsung.
Perlawanan akan ditangguhkan andai suhu cuaca melepasi 32.2 darjah celsius.
“Struktur polisi baharu berkaitan suhu cuaca panas ini turut mendapat sokongan perubatan bahi memastikan keselamatan dan kesihatan pemain sentiasa terjaga,” jelas ATP.
Sebelum ini pemain Denmark, Holger Rune pernah meluahkan rasa tidak puas hati kerana terpaksa beraksi dalam cuaca panas pada kejohanan Shanghai Masters pada Oktober lalu. – AFP

