WASHINGTON, 7 Disember – Jadual penuh Piala Dunia 2026 diumumkan pada satu majlis pada Sabtu.
Ia memperincikan venue dan waktu sepak mula bagi semua 48 negara yang bertanding di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.
Selepas undian peringkat kumpulan berlangsung sehari sebelumnya dan Argentina disahkan akan membuka kempen mempertahankan gelaran menentang Algeria pada pukul 9 malam di Kansas City, sebelum beraksi di Dallas menentang Austria dan Jordan.
Naib juara 2022, Perancis pula bakal berdepan cabaran bahang perlawanan petang di New Jersey ketika mereka memperbaharui perseteruan dengan Senegal di Stadium MetLife.
Les Bleus kemudian akan beraksi di Philadelphia menentang pemenang playoff antara Iraq dan Bolivia atau Suriname, sebelum Kylian Mbappe bertembung dengan Erling Haaland ketika Perancis menentang Norway di Boston.
Sementara itu, pasukan pilihan utama, Sepanyol akan memulakan kempen menentang pendatang baharu, Cape Verde di Atlanta.
Lamine Yamal dan rakan sepasukan akan kekal di bandar itu untuk pertemuan dengan Arab Saudi, sebelum menutup saingan kumpulan menentang Uruguay di Guadalajara, Mexico. -REUTERS

