KUALA LUMPUR, 16 Disember – Pemain kebangsaan Thailand, Kevin Deeromram meninggalkan Selangor FC, selepas separuh musim bersama pasukan itu.
Perkara itu dimaklumkan oleh skuad Gergasi Merah menerusi satu kenyataan di laman Facebook.
“Pihak kelab ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kevin atas segala komitmen serta sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh bersama pasukan.
“Terima kasih dan selamat maju jaya dalam perjalanan karier pada masa hadapan, Kev!,” menurut kenyataan itu.
Kevin menamatkan kontraknya bersama Selangor FC lebih awal, meskipun kontrak sebenar berakhir pada 2028.
Puncanya, tidak dinyatakan.
Kevin menyertai Gergasi Merah pada permulaan musim ini daripada kelab gergasi Thailand, Port FC.
Sepanjang bersama skuad kendalian Christophe Gamel, tonggak pertahanan kiri itu telah melakukan 18 penampilan keseluruhan dalam semua pertandingan domestik, termasuk Liga Juara Asia 2 (ACL2).

