GP Valencia : Hakim Danish tamatkan aksi Moto3 di kedudukan ke-14

KUALA LUMPUR, 16 November – Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli, menamatkan saingan di kedudukan ke-14 dalam perlumbaan Moto3 pada Grand Prix (GP) Valencia di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hakim bermula dari petak ke-18 namun menunjukkan aksi bertenaga sehingga menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-14.
  • Pencapaian itu membolehkan Hakim meraih dua mata penting untuk pasukannya FRINSA MT Helmets MSi.
  • Perlumbaan dimenangi Adrian Fernandez, diikuti Alvaro Carpe dan Taiyo Furusato di podium.
  • GP Valencia merupakan perlumbaan penutup musim Moto3 2025.
  • Hakim diumumkan akan beraksi sepenuh musim Moto3 musim depan bersama pasukan yang sama.

Pelumba berusia 18 tahun itu, yang berlumba bagi pasukan FRINSA MT Helmets MSi menggantikan Ryusei Yamanaka yang cedera, memulakan perlumbaan dari petak ke-18 dan berjaya meraih dua mata selepas menampilkan aksi bertenaga.

Perlumbaan berakhir dengan Adrian Fernandez dari pasukan Leopard Racing muncul juara dengan catatan 32 minit 48.909 saat, diikuti pelumba Red Bull KTM Ajo, Alvaro Carpe di tempat kedua dan Pelumba Honda Team Asia, Taiyo Furusato di tempat ketiga.

GP Valencia menandakan perlumbaan terakhir bagi musim Moto3 2025, manakala Hakim Danish diumumkan bakal beraksi sepenuh musim dalam kelas Moto3 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) tahun depan bersama pasukan sama.