
(Pemain Roma meraikan kejayaan selepas memenangi perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Liga Persidangan UEFA antara AS Roma dan Leicester City di Stadium Olimpik /AFP)
PARIS, 6 Mei – Perlawanan akhir Liga Konferensi Europa yang julung kali diadakan bakal menemukan kelab Belanda, Feyenoord dengan kelab Serie A Itali, A-S Roma.
Feyenoord yang bertandang ke Marseille, menewaskan wakil Perancis itu dengan agregat 3-2 setelah terikat tanpa jaringan dalam aksi separuh akhir kedua.
(FOTO AFP)
Manakala di Rome, Roma menyingkirkan kelab Liga Perdana Inggeris, Leicester City dengan agregat 2-1 selepas menang 1-0.
Perlawanan akhir akan berlangsung pada 25 Mei di Tirana, Albania. -AFP

