ACL: Al Wahda kejutkan Al Ittihad dengan jaringan saat akhir

ABU DHABI, 16 September – Al Wahda mencipta kejutan dalam aksi pembukaan Kumpulan AFC Champions League Elite apabila menundukkan Al Ittihad 2-1 hasil jaringan lewat permainan.

Pasukan pelawat terlebih dahulu berada di depan menerusi rembatan jauh penyerang Belanda, Steven Bergwijn pada minit ke-21.

Namun, Al Ittihad terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Muhannad Al-Shanqeeti dilayangkan kad merah sebelum rehat babak pertama.

Al Wahda bangkit pada minit ke-62 apabila Caio Canedo menyamakan kedudukan, sebelum Lucas Pimenta muncul wira dengan gol kemenangan pada masa kecederaan.-REUTERS