KOTA KINABALU, 15 November – Kerusi DUN Pintasan menyaksikan pertembungan 11 penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
- Persaingan sengit: kerusi DUN Pintasan menyaksikan pertembungan 11 penjuru antara pelbagai parti dan calon bebas.
- Tokoh terkenal hadir: Tan Sri Pandikar Amin Mulia bertanding atas tiket GRS menentang penyandang Fairuz Renddan yang bertanding bebas.
- Spektrum politik luas: penyertaan WARISAN, BN, STAR, KDM, Parti Impian Sabah, PN dan beberapa calon bebas.
Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menentang penyandang kerusi DUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan yang bertanding BEBAS, selepas tidak dicalonkan.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, turut bertanding di DUN Pintasan termasuk calon WARISAN, Abdullah Otong, calon Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Raplin Samat, calon Barisan Nasional (BN) Tadzul Radim.
Calon yang lain ialah Datuk Almudin Kaida dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Lomog Rudin@Efejus Rudin dari Parti Impian Sabah dan Awang Saleh Makmud dari Perikatan Nasional.
Tiga lagi calon BEBAS Syarif Mohd Shukree Danchingan, Tajuddin Padis dan Mohd Rizal Saiman.

