KINABATANGAN, 15 November – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berdepan saingan enam penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.58 Lamag pada PRN Sabah Ke-17.
RINGKASAN BERITA AI
- Datuk Seri Bung Moktar Radin bakal berdepan pertandingan enam penjuru di DUN N.58 Lamag pada PRN Sabah Ke-17.
- Pesaing utama termasuk calon GRS–Gagasan Rakyat, Parti Impian Sabah, Warisan, calon Bebas dan PN–Bersatu.
- Kesemua calon diumumkan layak bertanding di Pusat Penamaan Calon, Dewan Sri Lamag.
- Seramai 13,859 pengundi berdaftar dijangka menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya ini.
Kerusi N.58 itu menyaksikan Bung Moktar yang mewakili BN-UMNO dicabar calon GRS–Gagasan Rakyat, Johainizamshah Johari; calon Parti Impian Sabah (PIS), Salahuddin @ Salehuddin Anoi; calon Warisan, Mohd Saifullah Lokman; selain dua calon lain iaitu Mohd Ismail Ayob (Bebas) serta Mazlin Madali (PN–Bersatu).
Sebanyak 13,859 pengundi berdaftar dijangka menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat di kawasan berkenaan.

