Mohamad Alamin dicabar Anifah Aman di DUN Bongawan

BONGAWAN, 15 November – Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, bakal berdepan saingan sembilan penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mohamad Alamin, Timbalan Menteri Luar dan calon BN, bertanding di DUN Bongawan pada PRN Sabah ke-17.
  • Beliau berdepan saingan sembilan penjuru termasuk tokoh besar Tan Sri Anifah Aman dari GRS.
  • Penyandang Dr Daud Yusof (Warisan) turut mempertahankan kerusi selepas kemenangan 2020.
  • Bongawan mempunyai 24,019 pemilih, menjadikan persaingan lebih sengit dan bermakna.
  • Calon lain termasuk wakil STAR, PN, PIS, KDM, PPRS dan calon bebas simbol kunci.

Mohamad Alamin, yang juga Ahli Parlimen Kimanis serta calon Barisan Nasional (BN), dicabar beberapa nama besar termasuk bekas Menteri Luar, Tan Sri Anifah Aman, yang bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Turut mempertahankan kerusi itu ialah penyandang, Dr Daud Yusof (Parti Warisan), yang menewaskan Anifah dalam PRN Sabah ke-16 pada tahun 2020 dengan majoriti 1,802 undi.

Pertandingan di kerusi Bongawan yang mempunyai 24,019 pemilih turut menyaksikan penyertaan Dolores Michael mewakili STAR Sabah, Ridzuan Firdaus dari Perikatan Nasional, Royston Adven (Parti Impian Sabah, PIS), Md Haris Md Tahir sebagai calon Bebas menggunakan simbol kunci, Peter Matinjal (KDM) serta Hussin Dasar mewakili Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).