Sultan Perak berangkat ke The 35th Sultan Azlan Shah Law Lectures 2025

KUALA LUMPUR, 11 Disember – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke program The 35th Sultan Azlan Shah Law Lectures 2025 yang berlangsung di ibu negara hari ini.

Baginda meluangkan masa hampir dua jam bagi mendengar syarahan daripada bekas Hakim Britain, Sir Christopher Greenwood bertajuk ‘Can International Law Make a Difference in Time of War’.

Majlis anjuran Yayasan Sultan Azlan Shah dan Universiti Malaya (UM) itu turut disertai pelajar-pelajar Fakulti Undang-Undang universiti itu serta profesional dari seluruh negara.

Turut menyertai program syarahan itu ialah Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri Digital, Gobind Singh Deo serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Sementara itu, Naib Canselor UM, Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman berkata, Sir Christopher berjaya menyampaikan satu bentuk syarahan berbeza terutama berkaitan keutuhan moral yang ada dalam undang-undang antarabangsa.

Ucapan dalam tema syarahan itu turut mengukuhkan keyakinannya yang undang-undang antarabangsa dan dalam era pengaruh autonomi, peperangan sosial srta kecerdasan sebenar, peranan undang-undang antarabangsa adalah sesuatu yang bersifat lebih luas.