Selangor fokus angkat seni telepuk ke peringkat warisan rasmi negeri – test

1611-ANWAR-40-HASIL
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di Dewan Datuk OKK Sanggau Jalang, Tenom hari ini/Foto PMO

SERDANG, 29 Oktober – Selangor sedang giat menjalankan kajian dan dokumentasi bagi mewartakan seni fabrik telepuk sebagai warisan seni tekstil rasmi negeri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Selangor giat membuat kajian dan dokumentasi untuk mewartakan seni fabrik telepuk sebagai warisan rasmi negeri.
  • Seni telepuk berasaskan benang emas merupakan elemen penting dalam kebudayaan istana dan adat Melayu Selangor.
  • Proses pewartaan memerlukan kajian mendalam dan dokumentasi terperinci sebelum diangkat rasmi.
  • Pihak kerajaan menekankan perlunya justifikasi dan perincian elemen yang hendak digazetkan.
  • Pengumuman rasmi dijangka dimuktamadkan dan dirasmikan sekitar tahun depan selepas proses lengkap.

Seni tradisional berasaskan benang emas itu menjadi antara elemen penting dalam kebudayaan istana dan adat Melayu Selangor.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia dijangka dimuktamadkan tahun depan susulan proses itu memerlukan kajian mendalam serta dokumentasi terperinci sebelum diangkat sebagai warisan yang diiktiraf.

“Kita sedang ambil masa ada melibatkan dokumentasi dan sebagainya, kelingkan belum lagi itu pun dalam kajian lagi niasalah kita memerlukan kajian yang kukuh dan juga memerlukan dokumentasi yang utuh.

“Jadi sebelum kita hantar untuk kita gazetkan dan sebagainya kita kena ada justifikasi kena ada perincian terhadap terhadap elemen elemen yang kita nak gazetkan. Ia ambil masa mungkin tahun depan kita akan dapat muktamadkan nanti. Sekiranya kita dah ada kita akan rasmikan dan kita maklumkan,” katanya.