Segamat dilanda gempa bumi kali keenam pagi ini

JOHOR BAHRU, 30 Ogos – Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter berlaku di Segamat, Johor pukul 7.29 minit pagi tadi.

Sekali gus menjadi gempa bumi keenam di daerah itu minggu ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), gempa tersebut dikesan pada jarak 2 kilometer Barat Laut dengan kedalaman 10 kilometer dari Segamat.

Sebelum ini, Segamat merekodkan lima kejadian gempa bumi lemah masing-masing pada 24, 27 dan 29 Ogos dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1.

BERITA BERKAITAN