Ribut petir, hujan lebat dijangka landa tujuh negeri hingga 1 tengah hari

PETALING JAYA, 23 November – Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan tujuh negeri sehingga 1.00 tengah hari.

MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan kawasan yang terlibat ialah negeri Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), manakala di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub).

Kawasan lain yang dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Selangor (Sabak Bernam dan Hulu Selangor) dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan (Port Dickson, Rembau dan Tampin) serta negeri Melaka.

Selain itu turut terlibat dua kawasan di Johor (Tangkak dan Muar) dan beberapa kawasan di negeri Sabah: Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.