SHAH ALAM, 30 November – Polis Selangor mengesahkan menerima maklumat berhubung satu kejadian tembak di kawasan Taman Mesra Indah di Klang Selatan malam tadi.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerima maklumat pada 8.35 malam melalui MERS 999.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam peringkat siasatan,” katanya.
Dalam pada itu, polis juga meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, ASP Mohd Harman Mohd Haniff di talian 019-2100334 atau Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222,” tambah beliau menerusi kenyataan hari ini.
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditemukan maut dalam sebuah pacuan empat roda oleh orang awam dipercayai ditembak di Taman Mesra Indah, menyaksikan dalam beberapa klip video berkaitan kes terbabit yang tular di media sosial, mangsa dijumpai di bahagian tempat duduk kenderaan berkenaan.

