ALOR SETAR, 17 Disember – Polis Kedah berjaya memusnahkan sebutir bom lama yang ditemukan di Jalan Langgar di sini semalam.
Polis Kedah dalam kenyataan memaklumkan, sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Pemusnah Bom yang diketuai oleh ASP Salimi Ishak telah melaksanakan tindakan Pemusnahan ‘Unexploded Ordnance’ ke atas sebutir objek yang telah ditemukan orang awam itu.
Bom berkenaan telah dimusnahkan menggunakan teknik ‘High Order Technique’ melalui ‘Electric Method’ di Lapang Sasar IPD Pendang.
Pihak polis menasihatkan orang ramai agar terus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menemukan objek yang mencurigakan.

