LANGKAWI,12 Disember – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bersolat Jumaat Masjid Nur Al-Hidayah, Kelibang, Langkawi, Kedah.
Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh barisan ahli Jawatankuasa masjid, Pegawai Daerah Langkawi, Mohamad Subhi Abdullah dan wakil-wakil kerajaan negeri dan Persekutuan.
Perdana Menteri bersama-sama jemaah mendengar khutbah Jumaat dengan tajuk Bahaya Aplikasi Tik Tok yang sampaikan oleh khatib yang bertugas Haji Ismail Md Nor.
Usai solat, Datuk Seri Anwar makan tengah hari bersama warga langkawi di salah sebuah restoran makanan tempatan.

