PM berlepas ke Timor-Leste bagi lawatan rasmi

KUALA LUMPUR, 23 September – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas ke Timor-Leste bagi lawatan rasmi.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau berkata lawatan itu penting untuk memperkukuh hubungan dua hala serta menyokong kesediaan Timor-Leste sebagai bakal anggota ke-11 ASEAN.

“Berlepas ke Republik Demokratik Timor-Leste bagi lawatan rasmi atas jemputan sahabat saya, Kay Rala Xanana Gusmão, Perdana Menteri Timor-Leste.

“Moga segala perancangan dan agenda yang diatur dipermudahkan dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya.