Perluasan program SEBATI MADANI, kukuhkan nilai kenegaraan

AYER MOLEK, 6 Disember -Program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) MADANI akan diperluas di seluruh negara, bagi memberi memupuk nilai kenegaraan.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, menerusi program berkenaan, pelbagai aktiviti melibatkan rakyat dilaksana, antaranya Wacana Minda MADANI, Ziarah Kasih, sukan komuniti dan pelbagai lagi.

“Tapi memang kita gerakkan program ini di seluruh Malaysia dan ianya berlaku di setiap negeri, Alhamdulillah. Dan kita akan teruskan sehinggalah program-program ini  secara berterusan supaya kefahaman MADANI itu dapat dihayati oleh penduduk dan seluruh rakyat Malaysia.

“Sejak daripada awal lagi, sejak daripada Kerajaan MADANI,  Pembentukan Kerajaan MADANI dipergiatkan lagi APAbila kita melancarkan Plan Transformasi Al-Falah MADANI dan Haiwal Agama.  Jadi, ianya sudah tiga tahun. Jadi, kita ingin perkukuhkan lagi dan alhamdulillah  kita melihat impak dan juga keberkesanan itu semakin baik,” katanya kepada pemberita selepas program Sehari Bersama Komuniti Madani (SEBATI MADANI) di Paya Redan, di sini.

Tambahnya, program (SEBATI) MADANI turut menerapkan pendekatan turun padang bagi menghubungkan agensi kerajaan dengan masyarakat secara lebih dekat.