Penjawat awam Pahang terima BKK dua bulan gaji

KUANTAN, 5 Disember – Bantuan Khas Kewangan, BKK dua bulan gaji bakal diterima penjawat awam negeri Pahang tahun depan, melibatkan peruntukan keseluruhan RM48 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan BKK berkenaan, akan dikreditkan dua kali.

“RM3.75 juta diperuntuk bagi Pemberian Insentif Khas Pahang 1st sebanyak RM200 ringgit buat julung kali kepada 18,743 penjawat awam Persekutuan berpendapatan bawah RM3,000, yang akan dikreditkan pada 31 Disember ini.

“Pemberian itu sebagai penghargaan atas komitmen semua pihak dalam memastikan kelancaran perkhidmatan awam di negeri ini,”katanya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Pahang 2026, pada Sidang Dewan Undangan Negeri.

Beliau turut yakin penjawat awam kekal menjadi benteng mempertahankan kerajaan negeri daripada usaha memesongkan fakta, menjejaskan persepsi serta menggugat keyakinan rakyat.