Pelancong asing tiba di PMA Sarawak perlu lalui saringan suhu badan

KUCHING, 14 Januari– Semua pengembara dari luar negara yang tiba di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sarawak perlu melalui proses saringan suhu badan.

Mereka yang didapati bergejala akan diberi slip untuk ujian COVID-19 di klinik swasta atau kerajaan.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, sekiranya positif pengembara akan menjalani kuarantin di premis penginapan dan diurus mengikut Garis Panduan Pengurusan COVID-19.

Jika didapati negatif namun bergejala, pengembara dinasihatkan memakai pelitup separuh muka terutama di tempat orang ramai, perhimpunan atau tempat sesak.

Keputusan pelaksanaan itu seperti digariskan Kementerian Kesihatan 6 Januari lalu setelah menilai situasi COVID-19 dan peningkatan jumlah individu lengkap vaksinasi di Sarawak.

Mereka yang berisiko digalak mendapatkan vaksinasi bagi mengurangkan jangkitan serius dan kematian.


(Foto Hiasan/Fail)