KUALA LUMPUR, 23 November – Beberapa lokasi berisiko banjir sekitar Lembah Pantai telah dikenal pasti sebagai persediaan awal dan mengambil iktibar banjir besar pada 2021.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, pihaknya sedia berkolaborasi bersama agensi berkaitan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
“Ini termasuk pelbagai aset keselamatan termasuk bot-bot yang ditempatkan di IPD dan balai-balai polis.
“Saya sendiri telah melihat persediaan di Lembah Pantai yang lebih bersedia termasuk persiapan penduduk yang jauh lebih bauk berbanding banjir besar pada 2021,”katanya selepas menghadiri Program Berbasikal Kayuhan Amal Mesra Wilayah Persekutuan 2025.
Dalam masa sama, beliau menasihatkan orang ramai untuk sentiasa peka dengan amaran cuaca sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) dan mengutamakan keselamatan.

