Mohamad Hasan adakan pertemuan dengan Putera Faisal

RIYADH, 28 April- Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al-Saud di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia.

Menerusi satu hantaran di laman X oleh Kementerian Luar Saudi, kedua-dua menteri membincangkan cara memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Mereka turut membincangkan perkembangan terkini di arena serantau dan antarabangsa, termasuk situasi di Semenanjung Gaza.