Melaka rancang bina jambatan hubungkan Malaysia–Indonesia

ALOR GAJAH, 12 Disember -Kerajaan Negeri Melaka bercadang untuk membina sebuah jambatan yang menghubungkan Malaysia dan Indonesia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, satu kajian akan dilakukan dan diperhalusi sebelum dibentangkan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada Januari 2026.

Katanya,ia melibatkan cadangan pembinaan jambatan dari Pengkalan Balak di Masjid Tanah ke Indonesia dengan jarak 47.7 kilometer (km).

Projek mega berkenaan berpotensi menjadi “pintu gerbang” terakhir yang menghubungkan kedua-dua negara.

“Kerajaan negeri mengeluarkan perbelanjaan lebih kurang RM500,000 kepada syarikat perunding dan bagi melihat keberkesanan dan kebolehupayaan, jambatan ini menjadi katelis ekonomi kepada Melaka dan Indonesi. Untuk pengetahuan semua titik yang paling hampir ialah di Masjid Tanah Pengkalan Balak yang hanya mengambil jarak 47.7 km ke Indonesia,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kilang Kedua EP Manufacturing Berhad dan Pengeluaran Pemasangan Pertama GWM MPV WEY G9, di sini.

Jelasnya, jika ia dilaksanakan pastinya memberi pulangan ekonomi yang sangat baik bagi Malaysia dan Indonesia.