MACHANG, 11 Disember -Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan lori lima tan dengan sebuah kereta di Kampung Bukit Belah, di sini, lewat petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada IPD Machang sebelum mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang ke lokasi.
“Dalam kejadian kira-kira pukul 6.51 petang itu, kereta berkenaan dipercayai bertembung dengan lori ATM sebelum menyebabkan pemandunya, seorang lelaki dewasa, tersepit dan cedera parah,” katanya menerusi satu kenyataan.
Sarjan Fahmey Darus, 39 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM di lokasi kejadian.
Semua mangsa yang cedera telah diberi rawatan awal sebelum dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.
Operasi diketuai PBK II Mohd Fadzil Musa bersama enam anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

