Lima kategori tiket final Piala FA bermula RM50

(FB Malaysian Football League)

KUALA LUMPUR, 13 Julai- Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan lima kategori harga tiket untuk pertembungan di Stadium Sultan Ibrahim bagi aksi final Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan KL City FC pada 22 Julai ini.

Harga tiket bermula dengan RM50 bagi kemasukan umum, manakala RM100 dan RM150 bagi kategori ‘grandstand’ dan ‘premium’ Piala FA.

Sementara itu, harga tiket bernilai RM150 dan RM 200 ditetapkan bagi kategori ‘grandstand’ dan ‘premium’ MFL.

Kesemua jenis tiket akan diagihkan secara sama rata kepada JDT dan KL City sebelum dijual kepada penyokong masing-masing.

Penetapan harga tiket mengikut kategori tersebut sama seperti yang telah dilakukan oleh MFL dalam aksi final Piala FA dan Piala Malaysia sebelum ini.

Proses penjualan tiket akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan kelab JDT dan KL City.

(FB Malaysian Football League)