Integriti kekal jadi keutamaan kerajaan

KUALA LUMPUR, 16 Disember – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan isu integriti kekal menjadi keutamaan kerajaan.

Ini terbukti menerusi pencapaian nilai rampasan lucut hak serta kutipan penalti yang mencecah RM15.5 bilion.

“Ini julung kali dalam sejarah negara dan memberi gambaran sebelum ini terdapat kelonggaran dan kelompongan.

“Mana mungkin dalam satu negara kita mampu mengutip RM15.5 bilion dari ketirisan, rasuah, penyeludupan dan lain-lain,”katanya di Dewan Negara.

Daripada jumlah itu, SPRM telah mencatatkan nilai lucut hak melebihi RM8 bilion, PDRM hampir RM4 bilion, Jabatan Kastam (RM2.5 bilion) manakala KPDN serta Suruhanjaya Persaingan Malaysia mencatat rampasan dan penalti berjumlah RM1 bilion.