Hujan berterusan di enam negeri hingga Jumaat

KUALA LUMPUR, 17 November – Enam negeri dijangka mengalami hujan berterusan selama tiga hari bermula Rabu hingga Jumaat (21 Nov) ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Amaran hujan berterusan dalam kategori waspada melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Larut Matang dan Selama, Hulu Perak serta Kuala Kangsar.

Bagi Terengganu, hujan berterusan dijangka berlaku di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

MetMalaysia memaklumkan keadaan cuaca itu berpotensi menyebabkan peningkatan taburan hujan dalam tempoh berpanjangan, khususnya di negeri-negeri utara dan Pantai Timur Semenanjung.