TANAH MERAH, 7 Disember – Sebuah lori terjunam ke dalam sungai selepas mengelak dua buah motosikal yang cuba memotong kenderaan lain di Sungai Senduk, Kampung Panglima Bayu, di sini, pada pukul 8.30 pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, lori yang beralamat di Kepala Batas, Pulau Pinang itu dipandu dari arah Tanah Merah menuju ke Jeli.
Siasatan awal di lokasi serta rakaman percakapan pemandu mendapati, kemalangan berpunca daripada tindakan dua buah motosikal yang memasuki laluan lori tersebut kerana cuba memotong sebuah kereta di hadapan mereka.
Bagi mengelakkan perlanggaran, pemandu lori bertindak memberhentikan kenderaan bagi mengelak ke bahagian kiri jalan, lalu mengakibatkan terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Senduk.
Jelas beliau, pemandu dalam keadaan selamat manakala, lori terbabit mengalami kerosakan antaranya cermin hadapan pecah dan kemek beberapa bahagian.
Kes diklasifikasi sebagai ‘rujuk ke majistret’ .

