Delegasi Malaysia sertai lawatan 4 hari ke Modern Cancer Hospital Guangzhou

GUANGZHOU, 14 November -Seramai 17 delegasi dari Malaysia, termasuk wakil media, doktor dan pihak perubatan pelancongan, menyertai lawatan empat hari ke Modern Cancer Hospital di Guangzhou, China.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendedahan teknologi terkini gabungan perubatan Barat, invasif minimum dan perubatan tradisional Cina.
  • Demonstrasi ablasi suhu dan terapi berpandukan imej beresolusi tinggi untuk sasaran tumor tepat.
  • Pengenalan imunoterapi dan sistem pemantauan robotik bagi rawatan tanpa pembedahan besar.
  • Delegasi menyaksikan pembedahan kecil dan meninjau fasiliti hospital secara langsung.
  • Kehadiran tokoh seperti Konsul Jeneral Cornelia Chin dan Pengarah Wang Huai Zhong.

Lawatan tersebut memberi pendedahan tentang teknologi terkini dalam rawatan kanser, yang menggabungkan perubatan Barat moden, rawatan invasif minimum, terapi sokongan, dan perubatan tradisional Cina.

Antara teknologi canggih yang digunakan ialah ablasi suhu, terapi panduan imej beresolusi tinggi, imunoterapi, serta pemantauan robotik untuk mensasarkan tumor dengan tepat tanpa pembedahan besar.

Delegasi turut dibawa menyaksikan pembedahan kecil serta meninjau pelbagai fasiliti yang disediakan di hospital berkenaan.

Turut hadir ialah konsul Jeneral Malaysia Guangzhou Cornelia Chin Siew Ling dan Pengarah Modern Cancer Hospital Guangzhou Wang Huai Zhong.