MIRI, 17 November – Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), bantuan kecemasan telah disalurkan kepada mangsa kebakaran di Kampung Long Loyang, Tinjar, Beluru. Langkah berkenaan bertujuan membantu penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat insiden baru-baru ini.
Antara yang tampil menghulurkan bantuan, Fastart Sdn Bhd Hulur.
Pengarah urusan syarikat berkenaan, Tommy Raymond Jok berkata, inisiatif itu diambil kerana majoriti tenaga kerja mereka berasal daripada komuniti luar bandar, menjadikan usaha itu sebagai tanggungjawab moral.
“Kami percaya kerajaan boleh membantu dari segi bahan binaan. Jadi selain daripada bahan binaan, perkara lain yang mampu, kami cuba bantu. Yang penting, keperluan segera komuniti dipenuhi sebelum bentuk sokongan lain dapat diberikan,” katanya.
Setiap rumah yang terjejas menerima barangan asas termasuk pakaian, peralatan dapur, dapur gas dan keperluan harian lain. Bantuan disalurkan secara seragam untuk memastikan keberkesanan program.
Selain bantuan segera, syarikat itu turut merancang program kesedaran keselamatan sebagai usaha jangka panjang bagi meningkatkan kapasiti komuniti di Long Loyang.

