Bomba teruskan kerja mencari dan menyelamat mangsa runtuhan bangunan resort

BESUT, 9 November- Kerja- kerja mencari dan menyelamat diteruskan selepas lebih 16 jam tragedi runtuhan bangunan sebuah resort yang sedang dalam pembinaan di Pulau Perhentian.

Ketua Zon 1 JBPM Terengganu Penguasa Kanan Bomba Satu Yusmaredza Mirza Mohd Ali berkata ketika ini kerja- kerja memecah konkrit dan membuat akses laluan ke lokasi dipercayai mangsa berada sedang dilakukan.

Pasukan penyelamat turut dibantu anjing K9 bagi mengesan mangsa melalui laluan yang dibuat.