SEPANG, 29 November -Paras air di beberapa kawasan terjejas, di sini mulai surut berikutan cuaca cerah dan baik pagi tadi.
Setakat ini, sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 932 penduduk terjejas untuk dua mukim di Sepang iaitu Sungai Pelek dan Dengkil.
Penduduk terjejas banjir di daerah itu mengharapkan banjir kembali reda bagi membolehkan mereka pulang ke rumah masing-masing.
“Kami jangka kawasan kami akan mengalami banjir. Dalam pukul 6.00 petang air mula naik dan selepas Maghrib air sudah naik dalam rumah,” penduduk, Mohd Ismail Mukri Arsyad.
“Sebenarnya kita sudah diberitahu awal sebab dia kata ada ban yang pecah. Jadi air naik dengan cepat dan kita pun sudah buat persiapan awal, seperti pengalaman tahun 2021,” Suhaili Mohd@Zubir.

