KANGAR, 29 November – Lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perlis ditutup hari ini selepas seminggu banjir melanda.
Sehingga pukul 9 malam, seramai 4,635 orang daripada 1,415 keluarga masih berada di 18 PPS.
Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri, Leftenan Kolonel Mohd Izaimi Md Daud, PPS ditutup merupakan tiga di Padang Besar, iaitu Dewan Semai Bakti Felda Mata Ayer, Sekolah Kebangsaan Felda Mata Ayer dan Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup.
Manakala, dua lagi PPS di Arau iaitu UiTM Cawangan Perlis dan Sekolah Kebangsaan Guar Nangka.
Sementara itu, di Kangar, masih kekal dengan 10 PPS yang masih aktif.
Dijangka lebih ramai penduduk terjejas banjir yang berada di PPS akan kembali ke kediaman masing-masing berikutan cuaca cerah dan panas ketika ini.

