Banjir Mersing: 120 penduduk pindah ke PPS

MERSING, 17 Disember – Seramai 120 penduduk terjejas banjir dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar, Mersing, Johor yang dibuka pukul 8 pagi tadi.
 
Menurut maklumat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, mereka terdiri daripada 31 keluarga dari Kampung Air Tawar dan Kampung Hubong.
 
Kejadian dilaporkan bermula tengah malam tadi selepas 10 buah rumah di Kampung Hubong dinaiki air yang berpunca daripada limpahan air sungai.
 
Manakala, 15 buah rumah di Kampung Air Tawar dinaiki air kira-kira pukul 1.45 pagi.
 
Sehingga pukul 8 pagi tadi, sebanyak 16 lembangan sungai di seluruh Johor menunjukkan trend peningkatan kepada aras air bahaya.