ALOR SETAR, 29 November – Keadaan banjir di Kedah semakin baik dan jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Daerah Kubang Pasu dan Kota Setar terus berkurangan.
Dua PPS di Daerah Kubang Pasu telah ditutup pagi tadi iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun dan Dewan Kampung Tradisi.
Setakat pukul 12 tengah hari tadi, seramai 3,302 penduduk masih ditempatkan di 14 PPS berbanding 3,452 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah dalam kenyataan berkata di Kubang Pasu, 1472 penduduk masih ditempatkan di lapan PPS iaitu Dewan Kodiang (74); SK Malau (194); Dewan Padang Sera (15); Dewan Wawasan Jitra (341); SK Bukit Tinggi (141); SK Padang Pekan (232); SK Bandar Darul Aman (199); dan SK Tunjang (276).
Tujuh mukim masih terjejas banjir iaitu Mukim Temin, Sungai Laka, Binjal/Hosba, Keplu, Ah, Pelubang Naga, dan Bukit Tinggi melibatkan beberapa buah kampung.
Manakala di Kota Setar, 1,830 penduduk ditempatkan di enam PPS iaitu SK Taman Aman (681); SK Taman Uda (193); SK Seri Perdana (396); SK Bukit Pinang (220); SK Sri Gunong (219); dan SK Gunong (121).
Beberapa buah kampung di empat mukim masih terjejas banjir iaitu Anak Bukit, Titi Gajah, Alor Malai/Pumpong, dan Gunong.

