Banjir di Sarawak, tiga PPS dibuka

KUCHING, 9 Disember – Tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Sarawak bagi menempatkan penduduk terjejas banjir.

PPS berkenaan ialah Dewan Suarah Bintulu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Angus di Daerah Subis, Miri.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, setakat pukul 4.00 petang tadi, PPS Dewan Suarah Bintulu menempatkan 59 penduduk terjejas banjir dari 15 keluarga.

Penduduk tersebut adalah dari Kampung Kemunting dan Rumah Roslind Batu 8.

Di Daerah Subis, PPS SMK Suai dan SK Kampung Angus dibuka pagi tadi bagi menempatkan penduduk yang terjejas.

PPS SK Kampung Angus menempatkan 11 penduduk dari 2 keluarga. Bagaimanapun, jumlah penduduk di PPS SMK Suai belum dapat dipastikan.