Ajinomoto Malaysia perkukuh komitmen pemakanan sihat di MDA 2025

KUALA LUMPUR, 1 Julai– Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) berbesar hati menyertai Persidangan Persatuan Dietitian Malaysia (MDA) 2025 ke-31 dengan membentangkan Simposium Makan Tengah Hari yang signifikan bertajuk “Pelaksanaan Sistem Pemprofilan Nutrien untuk Makanan” pada 21 Jun di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Sebagai Penaung Gangsa persidangan itu, AMB menyumbang kepada objektif persidangan untuk memajukan amalan berasaskan bukti dan inovasi dalam dietetik dengan menyatukan pakar dari Malaysia dan Thailand untuk berkongsi perspektif mengenai Sistem Pemprofilan Nutrisi Kumpulan Ajinomoto (ANPS)¹, pendekatan saintifik untuk menggalakkan pilihan makanan yang lebih sihat dan menyokong kesihatan awam.

0107 AJINOMOTO ARTIKEL PORTAL 1Foto Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB)

Simposium tersebut dipengerusikan oleh Profesor Dr. Winnie Chee Siew Swee dan Cik Pakpadsorn Sarachantapong, pakar diet dari Ajinomoto Co., (Thailand) Ltd., yang berkongsi pandangan berdasarkan pengalamannya dalam melaksanakan ANPS di Thailand serta Pakar Pemakanan dari Malaysia, Puan Haemamalar Karppaya, membentangkan aplikasi praktikal pemprofilan nutrien dalam hidangan sukan di negara, selaras dengan matlamat inovasi makanan dan kesihatan negara.

Selain simposium makan tengah hari, AMB turut mempamerkan inisiatif kesihatan dan pemakanan di reruai pameran.

Antaranya adalah inisiatif Pengurangan Garam Pintar AJI-NO-MOTO®, yang menggalakkan penggunaan umami untuk mengurangkan sodium tanpa menjejaskan rasa sekali gus menyokong tingkah laku pemakanan yang lebih sihat.

0107 AJINOMOTO ARTIKEL PORTAL 2
Foto Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB)

Reruai itu juga menampilkan Program Pemakanan Sukan Winning Meals Kachimeshi®, yang direka untuk memupuk amalan kesihatan dan meningkatkan prestasi atlet murid dalam mencapai potensi sebenar mereka, serta aminoVITAL®, yang menyokong gaya hidup sihat dan aktif melalui penyelesaian pemakanan berasaskan asid amino.

Persidangan MDA tahun ini bertemakan “Dietitians Embracing Change”, mengalu-alukan lebih daripada 350 peserta tempatan dan antarabangsa termasuk pakar diet, penyelidik dan profesional penjagaan kesihatan berdaftar, semuanya berkumpul untuk meneroka strategi dan inovasi progresif dalam amalan dietetik.

Simposium makan tengah hari itu juga menerima maklum balas yang sangat positif daripada para peserta, mengukuhkan nilai kerjasama industri-akademik dalam memajukan pemakanan kesihatan awam.

Penyertaan aktif AMB juga sejajar dengan inisiatif Penciptaan Nilai Bersama (ASV) Kumpulan Ajinomoto.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, AMB terus memupuk kesejahteraan yang memberi kesan positif kepada kesihatan masyarakat di seluruh dunia.

0107 AJINOMOTO ARTIKEL PORTAL 3
Foto Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB)

Sistem Pemprofilan Nutrisi Kumpulan Ajinomoto (ANPS)¹ Kumpulan Ajinomoto merupakan syarikat Jepun pertama yang memperkenalkan ANPS pada April 2020.

Ia adalah pendekatan yang inovatif dan moden untuk menilai kandungan nutrien dalam produk atau makanan.

Artikel ini dibawakan oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad.