74,000 tiket feri ke Langkawi terjual sempena cuti persekolahan

KOTA SETAR, 17 Disember – Sebanyak 74,000 tiket feri ke Langkawi telah terjual sempena cuti persekolahan yang bermula Jumaat ini.

Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line) Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, trend pembelian tiket menunjukkan peningkatan, namun tidak mengatasi jumlah tiket yang terjual semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).
 
Bagi menampung jumlah kehadiran pelancong sepanjang cuti persekolahan, pihaknya akan menambah 100 perjalanan feri sepanjang tempoh berkenaan.

“Kita ada 17 buah feri dan semua bahagian kita menggunakan feri sedia ada. Untuk perjalanan sebelah malam bergantung kepada pemintaan tiket. Sekiranya permintaan meningkat, kita akan lanjutkan sehingga pukul 10 malam,” katanya.

Orang ramai masih boleh membuat pembelian secara dalam talian atau di kaunter yang masih dibuka.