KUALA LUMPUR, 8 Disember – Sebanyak 15 kawasan di Sarawak berada di bawah amaran hujan berterusan sehingga esok (Selasa).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan pada 9.40 pagi memaklumkan bahawa hujan berterusan tahap buruk dijangka menjejaskan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman) dan Betong.
Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada diramal berlaku di Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dalam tempoh yang sama.

