SPRM kesan Adam Radlan bantu siasatan kes

KUALA LUMPUR, 15 November – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang individu lelaki; Adam Radlan Adam Muhammad bagi membantu siasatan kes.

RINGKASAN BERITA AI
  • SPRM sedang mengesan Adam Radlan bagi membantu siasatan kes berkaitan.
  • Identiti disahkan: Adam Radlan Adam Muhammad, 44 tahun.
  • Alamat terakhir dilaporkan: A16-2 Sunway Pallazio, Jalan Sri Hartamas 3, Kuala Lumpur.
  • Orang ramai yang mengenali diminta tampil memberi maklumat.
  • Hubungi pegawai penyiasat G. Sharan Raj di 014-3560771 atau emel sharanraj@sprm.gov.my.

SPRM menerusi satu kenyataan dikeluarkan memaklumkan Adam Radlan, 44 tahun, kali terakhir menetap di A16-2, Sunway Pallazio, Jalan Sri Hartamas 3, Sri Hartamas, 50480, Kuala Lumpur.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu itu diminta menghubungi pegawai penyiasat G. Sharan Raj melalui talian 014-3560771 atau e-mel: sharanraj@sprm.gov.my,” menurut kenyataan tersebut.