IPOH, 14 November – Seorang warga emas berusia 80 tahun maut selepas kediamannya musnah dalam kebakaran di Taman Perpaduan Ria, Tambun.
RINGKASAN BERITA AI
- Warga emas meninggal dunia akibat kebakaran di kediaman Taman Perpaduan Ria, Tambun.
- Rumah berukuran 20x60 kaki musnah hampir 80 peratus dalam kejadian.
- Beberapa kenderaan hangus dan rumah bersebelahan turut mengalami kerosakan.
- Mayat diserahkan kepada polis dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah memberitahu, kebakaran melibatkan sebuah rumah berukuran 20 kaki x 60 kaki, yang musnah hampir 80 peratus.
Beberapa kenderaan turut hangus terbakar dan rumah bersebelahan turut rosak.
“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya menerusi konsep RECEO dengan dua aliran salur bantu mula dan satu aliran 100 kaki.
“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden.

