KUALA LUMPUR, 13 Disember – Tempoh jaminan polis terhadap penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee disambung selama sebulan bermula dari Khamis lepas sehingga 11 Januari ini.
Perkara tersebut dijelaskan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.
“Kita sedang menunggu laporan toksikologi yang mengambil masa beberapa bulan untuk dilengkapkan. Kes ini masih dalam tempoh jaminan polis. Kita teruskan seperti sebelum ini dan menunggu keputusan daripada pihak kimia secepat mungkin. Kalau tidak, kita akan lanjutkan lagi jaminan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Majlis Peluncuran Taman Angkat 2025 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam Fasa 2, di sini.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata siasatan mengenai penemuan janin bayi di kawasan Bukit Jalil masih lagi dalam siasatan polis.
“Setakat ini, kami menantikan semua maklumat daripada orang awam. Kita nak kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat. Janin ini masih tak dikenal pasti lagi, lepas itu suspek masih tidak dikenal pasti lagi. Kita memerlukan kerjasama masyarakat untuk bersama-sama pihak polis,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN:

