Fasilitator mengaku tidak bersalah amang seksual murid 12 tahun

BALIK PULAU, 24 Oktober – Seorang fasilitator lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap murid lelaki ketika menyertai kem motivasi, dua minggu lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tertuduh, Mohamad Firdaus Abdul Shukur, 33, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret.
  • Kejadian didakwa berlaku terhadap murid lelaki berusia 12 tahun semasa kem motivasi pada 12 Oktober.
  • Tertuduhan melibatkan tiga pertuduhan amang seksual di Kem White Resort, Kampung Genting.
  • Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 14(a) dan 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
  • Jika sabit, hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan; kes disebut semula pada 28 Oktober.

 Tertuduh, Mohamad Firdaus Abdul Shukur, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Chua Huey Ting.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun di Kem White Resort, Kampung Genting, antara pukul 4.09 pagi hingga 4.30 pagi pada 12 Oktober lalu.

 Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R.Lushani manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 Mahkamah menetapkan 28 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.